The Kuala Lumpur Bar
Home About Us Cause List Notices  & Circulars PDC Diary Calendar Of Events Pupillage Vacancies / Classifieds
 
 
  Go Login  
      Register | Forgotten your password? Remember Me  
 
 
Directories
Documents Download
FAQ's
In Memory
News & Events
Press Release
Publications
Resources
Surveys
Useful Links
 
Contact Us
Site Map
   
The Malaysian Bar KL Legal Aid Centre
 

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras.
20/05/2009

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Majlis Peguam untuk didaftarkan sebagai pertubuhan politik.

Majlis Peguam Malaysia adalah sebuah badan professional yang tidak cenderung pada mana-mana parti politik. Ia tidak pernah dan tidak akan terpengaruh dengan aliran politik mana-mana parti politik dan hanya berhasrat untuk menegakkan keadilan melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Berkenaan dengan insiden penangkapan lima (5) orang peguam daripada Pusat Bantuan Guaman tersebut, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur ingin menegaskan bahawa ia adalah satu kewajipan peguam untuk memberi nasihat kepada anak guam sekiranya anak guam memohon untuk perkhidmatan peguam di mana hak-hak untuk berjumpa dengan peguam juga adalah dinyatakan jelas di Kod Prosidur Jenayah
Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mengecam penahanan tersebut dan melihatnya sebagai intimidasi dari pihak polis untuk menghalang lima orang tersebut dari menjalankan tanggungjawab mereka.

Atas dasar itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur memberi sokongan penuh kepada resolusi-resolusi yang diputuskan pada Mesyuarat Luar Biasa Majlis Peguam pada 15 Mei 2009, yang antara lain mendesak supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan mereka di atas apa yang berlaku.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga mengecam kenyataan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa Majlis Peguam adalah sebuah badan anti kerajaan dan bersifat perkauman berdasarkan komposisi etniknya. Badan Peguam Malaysia adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di mana komposisinya adalah seperti berikut:
Kaum Melayu : 39%
Kaum Cina : 37%
Kaum India : 23%
Lain-lain : 1%
Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak tepat, dan berbaur perkauman.

Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur juga menegaskan bahawa keluhuran dan kedaulatan undang-undang negara ini mestilah dihormati oleh semua pihak dan mengingatkan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang kebal dari tindakan undang-undang termasuk pihak Polis sekiranya melampaui batasan undang-undang.
Oleh itu, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur mendesak supaya Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menarik balik kenyataannya serta merta.

Anand Ponnudurai
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee

Arrow Back
 
Tingkat 8, Wisma Kraftangan, No. 9 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 603-2693 3585 Fax: 603-2691 1090
Copyright © 2009, Kuala Lumpur Bar Committee. All Rights Reserved.    Terms of Use