Court Operations In Kuala Lumpur During The Conditional Movement Control Order From 14 To 27 October 2020

Circular No: 119/2020
Date: 13 October 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just received an email notification from the Director of the Kuala Lumpur Courts regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for your attention and information.

Kindly take note.

Harleen Kaur (Leena)
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee


ARAHAN OPERASI MAHKAMAH DI KUALA LUMPUR SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT BERTARIKH 14 HINGGA 27 OKTOBER 2020

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 12 Oktober 2020 berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dan kenyataan media YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara bertarikh 12 Oktober 2020 serta bagi membantu Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, adalah saya diarahkan oleh YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk memaklumkan bahawa bagi Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkuat kuasa 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020, arahan-arahan berikut adalah terpakai:

(a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah Tinggi dan Rendah Kuala Lumpur

– Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian;

– Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar (Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang bertugas;

– Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri;

– Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu; dan

– Pemfailan kes-kes sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa melalui sistem eFiling.

(b) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah

i) Permohonan Reman

– Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu

– Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Penolong Kanan Pendaftar Jenayah Mahkamah Rendah atau Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah Mahkamah akan menyediakan jadual bertugas pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa.

iii) Permohonan Jamin

– Bagi kesalahan yang boleh dijamin, urusan jamin dapat diproses seperti biasa.

(c) Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

– Pihak-pihak boleh memohon kepada Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat-syarat berikut —

(i) dengan persetujuan pihak-pihak; dan

(ii) kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

– Senarai Pegawai-Pegawai di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Kuala Lumpur dan Pusat Mediasi Kuala Lumpur yang boleh dihubungi adalah seperti di Lampiran 1; dan

(d) Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter Perkhidmatan Mahkamah

– Perkhidmatan-perkhidmatan Mahkamah seperti berikut akan beroperasi secara terhad sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat:

(i) Pejabat Pendaftaran;
(ii) Kaunter Setempat;
(iii) Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;
(iv) Kaunter Surat Kuasa Wakil;
(v) Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing; dan

3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur