E-Tanah Notifications from the Wilayah Land Office: Title Searches and Submission Procedures

E-Tanah Notifications from the Wilayah Land Office: Title Searches and Submission Procedures

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received two (2) notifications from Puan Nor Azura binti Abdul Rahman, Chief Assistant Director, Land Registry Sector of the Wilayah Land Office regarding the above.

The said notifications are reproduced below for your reference.

Members to take note.

Jacky Loi Yap Loong
Chairperson
Corporate and Conveyancing Practice Committee
____________________________________________________

PERMOHONAN CARIAN HAKMILIK DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WPKL

Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) akan menggunapakai Sistem e-Tanah mulai 19 Jun 2017 (Isnin).

Bagi melancarkan urusan pada permulaan penggunaan sistem baru ini, firma guaman boleh mengemukakan senarai hakmilik yang ingin dibuat Carian Persendirian dan Rasmi Hakmilik Strata dan Tanah (Landed) dalam tempoh 19 Jun sehingga 23 Jun 2017 ke etanahklsupport@ptgwp.gov.my selewat-lewatnya pada 18 Jun 2017 jam 12.00 tengahari.

Pihak tuan/puan dimohon untuk mewar-warkan perkara ini kepada semua firma guaman.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Nor Azura binti Abdul Rahman,
Bahagian Pendaftaran,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26103402
No. Faks: 03-26103494
________________________________________________________

MAKLUMAN PROSEDUR PERSERAHAN URUSNIAGA SISTEM E-TANAH

Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Mulai 19 Jun 2017, semua hakmilik cetakan sebelum penggunaan sistem e-Tanah perlu dikemukakan bersama pelan asal hakmilik. Ini adalah bagi membolehkan pejabat ini mengemukakan hakmilik di bawah Jadual Keenam Belas Kanun Tanah Negara dan Jadual Keenam Akta Hakmilik Strata (hakmilik yang dicetak melalui sistem e-Tanah) beserta pelan baharu kepada pemohon setelah urusan didaftarkan.

Pihak tuan/puan dimohon membuat hebahan kepada semua firma guaman.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Nor Azura binti Abdul Rahman,
Bahagian Pendaftaran,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26103402
No. Faks: 03-26103494

 

Kuala Lumpur Bar Committee / Celebrating 25 Years of Service

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2032 1440
klbc@klbar.org.my
4th Floor, Wisma Hangsam
No. 1 Jalan Hang Lekir
50000 Kuala Lumpur