Filing of Power of Attorney Documents through the e-filing system w.e.f. 15 August 2018

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification that the filing of documents for Power of Attorney will be done through e-filing system effective from 15 August 2018. The E-Kehakiman Division is inviting members of the Bar for training sessions on 27 July 2018 at the Palace of Justice, Putrajaya.

The notification is reproduced below for your attention.

Muhendaran Suppiah
Chairperson
Civil Practice and Court Liaison Committee

____________________________________________________________________________________

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN TATACARA PEMFAILAN DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY) MENERUSI SISTEM E-FILING DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan / Puan, pihak Mahkamah akan melaksanakan pemfailan dokumen Surat Kuasa Wakil menerusi sistem e-Filing mulai 15 Ogos 2018 (Rabu). Disertakan bersama-sama ini surat makluman rasmi daripada Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia seperti di Lampiran A untuk perhatian Tuan/Puan selanjutnya.

3. Bagi membantu Tuan/Puan dalam membuat pemfailan dokumen Surat Kuasa Wakil secara online, Bahagian ini akan mengadakan satu sesi latihan tatacara pemfailan menerusi sistem e-Filing seperti yang dijadualkan berikut:

Tarikh : 27 Julai 2018 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari (Sesi Pagi) / 3.00 petang – 5.00 petang (Sesi Petang)
*latihan ini diadakan dalam bentuk ulangan. Peserta boleh memilih untuk menghadiri mana-mana sesi yang bersesuaian.
Tempat : Dewan Persidangan, Aras 1, Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya

Oleh itu, Bahagian ini memohon kerjasama daripada Tuan/Puan untuk mencalonkan nama peserta (3 orang) dari setiap Jabatan/Agensi/Firma Guaman/Syarikat Tuan/Puan yang berkenaan dan membuat pengesahan kehadiran melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my sebelum/pada 26 Julai 2018 (Khamis) jam 10.00 pagi.

4. Selain itu, setiap Jabatan/Agensi/Firma Guaman/Syarikat yang ingin menggunakan sistem e-Filing untuk membuat pemfailan dokumen Surat Kuasa Wakil hendaklah mendapatkan Sijil Digital Token daripada pihak syarikat pembekal terlebih dahulu. Sebagai makluman Tuan/Puan, permohonan untuk mendapatkan Sijil Digital Token tersebut boleh dibuat semasa sesi latihan tatacara pemfailan dijalankan. Disertakan bersama-sama ini Borang Pendaftaran Sijil Digital Token seperti di Lampiran B untuk dilengkapkan dan dibawa pada hari latihan tersebut dan juga Panduan untuk Mendapatkan Sijil Digital Token seperti di Lampiran C untuk rujukan Tuan/Puan.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh berhubung dengan Pn. Nuruhuda Binti Mohd. Yusof di talian 03-88804150 atau En. Muhammad Syafiq Bin Sulaiman di talian 03-88809528 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

6. Kerjasama dan tindakan awal daripada Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada pengguna yang terlibat amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

HAMIDAH
HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Pengarah
Bahagian E-Kehakiman
Mahkamah Persekutuan Malaysia
PUTRAJAYA.

Kuala Lumpur Bar Committee / Celebrating 25 Years of Service

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2032 1440
klbc@klbar.org.my
4th Floor, Wisma Hangsam
No. 1 Jalan Hang Lekir
50000 Kuala Lumpur