Invitation to attend E-filing Training at the Kuala Lumpur Courts on 27 July 2018

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received the above invitation and each Law Firm may send up to three (3) representatives for the training.

The invitation is reproduced below for your attention.

Muhendaran Suppiah
Chairperson
Civil Practice and Court Liaison Committee

____________________________________________________________________________________

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YDh. Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN ULANGAN SISTEM E-KEHAKIMAN FASA 2 BAGI PENGGUNA AGENSI KERAJAAN DAN FIRMA GUAMAN TAHUN 2018 DI DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman YDh. Dato’/Tuan/Puan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan Latihan Ulangan Sistem e-Kehakiman Fasa 2 kepada para pengguna Agensi Kerajaan dan Firma Guaman di Mahkamah Selayang pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Julai 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Latihan IT, Aras 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

3. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran pengguna sistem e-Kehakiman Fasa 2 disamping memberi input berkenaan dengan fungsi baru dan penambahbaikan sistem yang telah dilaksanakan.

4. Oleh itu, Bahagian ini memohon kerjasama daripada YDh. Dato’/Tuan/Puan untuk mencalonkan nama peserta (3 orang) dari Jabatan/Agensi/Firma Guaman yang berkenaan dan membuat pengesahan kehadiran melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my sebelum/pada 23 Julai 2018 (Isnin) jam 3.00 petang.

5. Bersama-sama dengan ini disertakan sesalinan surat rasmi dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia berkaitan perkara tersebut dan Jadual Latihan di Lampiran A untuk makluman dan rujukan pihak YDh. Dato’/Tuan/Puan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YDh. Dato’/Tuan/Puan boleh berhubung dengan Puan Assayidatun Najwa Binti Muhammad Nasution di talian 03-88809530 dan Encik Barath a/l Manian di talian 03-88804152 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

6. Kerjasama dan tindakan awal daripada YDh. Dato’/Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada pengguna yang terlibat amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

HAMIDAH
HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Pengarah
Bahagian E-Kehakiman
Mahkamah Persekutuan Malaysia
PUTRAJAYA.

Kuala Lumpur Bar Committee / Celebrating 25 Years of Service

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2032 1440
klbc@klbar.org.my
4th Floor, Wisma Hangsam
No. 1 Jalan Hang Lekir
50000 Kuala Lumpur