Training on the use of the eCourt System at the Court for Sexual Crimes Against Children and Putrajaya Magistrate’s Court

Training on the use of the eCourt System at the Court for Sexual Crimes Against Children and Putrajaya Magistrate’s Court

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just been notified by Puan Hamidah binti Mohamed Deril, Director of the E-Kehakiman, that to prepare lawyers for the implementation of the e-Court System at the Court for Sexual Crimes Against Children and Putrajaya Magistrate’s Court commencing 1 February 2018, a training on the use of the e-Court System will be held at Dewan Persidangan, Aras 1, Istana Kehakiman, Putrajaya on 17-18 January 2018.

The notification is reproduced below for your attention.

Muhendaran Suppiah
Honorary Secretary
Kuala Lumpur Bar Committee

__________________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM E-KEHAKIMAN DI MAHKAMAH SEKSUAL KANAK-KANAK DAN MAHKAMAH MAJISTRET PUTRAJAYA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Seperti pihak Tuan/Puan sedia maklum, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan melaksanakan sistem e-Kehakiman di Mahkamah Seksual Kanak-Kanak dan Mahkamah Majistret Putrajaya mulai 1 Februari 2018 (Khamis).
  1. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa satu sesi latihan penggunaan Sistem eKehakiman akan diadakan di Dewan Persidangan, Aras 1, Istana Kehakiman, Putrajaya sebagai persediaan untuk pihak peguam bagi kes seksual kanak-kanak dan kes di Mahkamah Majistret mulai 17-18 Januari 2018 (Rabu- Khamis). Disertakan bersama-sama ini jadual sesi latihan tersebut seperti di LAMPIRAN A untuk rujukan Tuan/Puan selanjutnya.
  1. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, wakil-wakil firma guaman yang hadir adalah digalakkan untuk membawa laptop masing-masing untuk kegunaan semasa sesi latihan tersebut. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Tuan Barath a/l Manian di talian 03-88804152 atau Puan Rosnaida Binti Abdul Razak di talian 03-8880 9527 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my. Kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan selanjutnya kepada peguam-peguam yang beramal di sekitar negeri Putrajaya/Selangor/Kuala Lumpur/Negeri Sembilan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL),
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3,
62506 Putrajaya.

Kuala Lumpur Bar Committee / Celebrating 25 Years of Service

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2032 1440
klbc@klbar.org.my
4th Floor, Wisma Hangsam
No. 1 Jalan Hang Lekir
50000 Kuala Lumpur